Archive for October, 2008

Sejarah Tok Linggi Kampung Relong, Kuala Lipis (Versi 2)

Tuesday, October 28th, 2008

—artikel di bawah telah dipindah turun secara selektif, tanpa mengambil keseluruhan kandungan kertas kajian, sila rujuk ke alamat blog di bawah untuk maklumat penuh—

Dato’ Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampong Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato’ Linggi dan asal usulnya. Penulis telah membuat penyelidikan berpandukan kepada ‘Salasilah Dato’ Linggi’ dan juga membuat rujukan kepada buku-buku sejarah, artikel-artikel dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan Sejarah Kesultanan Johor-Riau.

Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini diterbitkan bagi membolehkan waris and keturunan baginda mengetahui sejarah asal usul dan kehidupan baginda, yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Begitulah sebahagian daripada cerita-cerita lisan yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi sekarang dengan harapan ianya tidak hilang dan dilupakan. Boleh dikatakan keseluruhan penduduk Kampung Relong dansekitarnya adalah dari keturunan baginda.

Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi juga memuatkan salasilah dan sejarah pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan peristiwa-peristiwa yang berlaku diantara tahun 1740an hingga awal 1800an yang mempunyai hubung-kait dengan Dato’ Linggi.

Penulis juga berharap penerbitan Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini menjadi titik tolak kepada penyelidikan seterusnya untuk membongkar rahsia dan sejarah hidup Dato’ Linggi dan asal-usulnya.

_________________________________________________________________________

HUBUNG KAIT DIANTARA DATO’ LINGGI DENGAN KESULTANAN JOHOR-RIAU.

Pencarian ini adalah berdasarkan kepada fakta tahun pembukaan Kampung Relong oleh Dato’ Linggi iaitu pada tahun 1795 dan perbandingan dibuat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan fakta-fakta yang terdapat didalam Sejarah Kerajaan dan Kesultanan Johor-Riau yang berlaku diantara tahun 1740an dan awal tahun 1800an.

Hipotisis yang dibuat adalah bersandarkan alasan-alasan dan keterangan-keterangan yang munasabah. 

(Hipotisis bermaksud andaian yang dikemukakan berdasarkan fakta semasa dan digunakan sebagai asas kepada pencarian seterusnya yang mana berkemungkinan benar atau tidak). 

Daripada sejarah Kesultanan Johor-Riau yang dinyatakan sebelum ini, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku iaitu pada tahun 1761 dimana Tengku Tengah (Tengku/Raja Ahmad) yang ditabalkan menggantikan ayahanda baginda bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkir dari takhta pada tahun yang sama dan tampuk kesultanan diserahkan kepada adindanya iaitu Tengku (Raja) Mahmud.

Penulis merasakan terdapat persamaan diri diantara Dato’ Ahmad yang membuka Kampung Relong pada tahun 1795 dengan Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang disingkirkan daripada takhta Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1761 iaitu daripada aspek nama ‘Ahmad’ itu sendiri.

__________________________________________________________________________

SEJARAH HIDUP TENGKU AHMAD @ PADUKA SRI SULTAN AHMAD I RI’AYAT SHAH

Tengku Tengah, juga dikenali Tengku/Raja Ahmad diputerakan didalam tahun 1752. 

Putera kepada Raja di Baroh iaitu Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman Badr ul-‘Alam Shah, Sultan Johor dengan Sultanah Tengku Puteh binti Raja Chelak, puteri ke tiga kepada Raja Chelak bin Daeng Rilaga, Yang di Pertuan Muda Riau ke 2 dengan Tengku Mandak binti al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah puteri ke tiga Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah bin Bendahara ‘Abdu’l Majid, Sultan Johor-Riau.

Tengku Tengah telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau di Riau pada usia baginda 9 tahun bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah setelah kemangkatan ayahanda baginda al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah pada 29 Januari 1761. 

Oleh kerana terlalu sedih atas kemangakatan Paduka Sri Sultan Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah, bonda baginda Tengku Puteh telah jatuh gering dan mangkat pada 16 Februari 1761 iaitu kurang sebulan selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah dan dimakamkan di Batangan, Riau. 

Semasa menjadi Sultan, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah tinggal bersama Bendahara Tun Hassan di Kampung Bulang. Manakala adinda baginda Tengku Mahmud dipelihara oleh bonda saudara baginda Tengku Hitam di Riau.

Dalam tahun yang sama iaitu 1761 ‘Tuhfat Al-Nafis’ ada menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah jatuh gering seterusnya mangkat di Kampung Bulang dan dimakamkan di Batangan, Riau. Manakala menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah mangkat akibat termakan racun. 

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup selepas disingkirkan sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri. Menurut cerita-cerita lisan waris di Kampung Relong yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang dan sebenarnya Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara Tun Hasan didalam gulungan tikar mengkuang dari Kampung Bulang. 

Pada tahun 1770 Bendahara Tun Hassan telah mangkat dan digantikan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid yang juga dikenali sebagai Bendahara Pahang. 

Pada masa inilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah menghilangkan diri dimana dipercayai Bendahara Tun Abdul Majid secara senyap-senyap telah menghantar baginda ke satu tempat yang paling terpencil didalam Negeri Pahang iaitu di Kuala Relong. 

Disinilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang menukar nama baginda kepada Dato’ Ahmad (Dato’ Linggi) telah membuka perkampongan pada tahun 1795, iaitu pada usia baginda 43 tahun. 

Di sinilah juga baginda mangkat dan dimakamkan dibawah pokok kundang di Kuala Relong sekitar tahun 1812-1815.

__________________________________________________________________________
Sekitar tahun 1802 Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid ada menghantar wakil bagi menjemput Dato’ Linggi ke Istana Pekan. 

Tujuannya untuk berjumpa Dato’ Linggi kerana dalam masa tersebut beliau sedang gering.

Adakah Bendahara berasa tersangat rindu kepada Dato’ Linggi, zuriat Sultan Johor-Riau yang dizalimi yang selama ini dilindungi secara diam-diam? Intan gemala yang disingkirkan oleh Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu yang ingin memastikan kekuasaan Negeri ditangan meraka? Atau mungkin Bendahara mahu menatap wajah intan gemala yang sekian lama tidak dilihatnya untuk kali terakhir? Mungkin juga Bendahara ingin menceritakan kebenaran, memohon ampun dan maaf, merafak sembah kepada Sultan yang sebenar (‘the True King’)?.

Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid meninggal dunia pada tahun 1802 tanpa diketahui samada hasrat beliau tercapai atau tidak.

Walau apapun, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mengharungi saat-saat yang mencabar didalam penghidupannya, daripada putera raja, menjadi Sultan seketika, disingkir dari takhta kemudian menjadi rakyat biasa, hidup di tempat yang terpencil dan hanya ingin dikenali dengan nama Dato’ Ahmad (Dato’Linggi). 

Dato’ Ahmad telah mangkat sekitar tahun 1812-1815 atau lebih mengikut jangka hayat manusia pada masa tersebut iaitu antara 50 – 60 tahun dan dimakamkan dibawah pohon Kundang ditempat yang dikenali sebagai Kuala Relong di Kampong Relong, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

___________________________________________________________________________

KESIMPULAN

Penulis membandingkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sebelum dan selepas Dato’ Ahmad @ Dato’ Linggi membuka Kampong Relong iaitu pada 1795 dengan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan Bendahara Paduka Raja di Pahang.

Terdapat kesinambungan dari aspek tarikh dan tahun peristiwa tersebut berlaku dengan kehadiran Dato’ Linggi di Kampung Relong dan juga dari pengkisahan cerita-cerita lisan yang diperturunkan oleh generasi-genarasi terdahulu.

Terdapat persamaan nama ‘Ahmad’ diantara Dato’ Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Dato’ Linggi) dengan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah.

Perkataan ‘makamnya’ bawah kundang seperti yang tercatit didalam Salasilah Dato’ Linggi juga membawa maksud baginda adalah dari keturunan raja iaitu Kesultanan Johor-Riau sebagaimana cerita-cerita lisan generasi terdahulu. Penulis juga telah membuat beberapa hipotisis dengan alasan-alasan yang bersandarkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. 

Hasil daripada hipotisis tersebut penulis membuat kesimpulan bahawa :

Dato’ Ahmad yang dikenali Dato’ Linggi ADALAH Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdul Jalil V Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Johor-Riau dan jajahan takluknya yang ditabalkan dalam tahun 1761.

http://rajaahmad.blogspot.com/

Sejarah Tok Linggi Kampung Relong, Kuala Lipis (Versi 1)

Tuesday, October 28th, 2008

Sejarah Tok Linggi Kampung Relong Kuala Lipis

Tok Linggi berasal dari Kampung Bukit Meninjau,Sumatera Barat,Indonesia (1790an) berhijrah ke Kampung Relong Kuala Lipis semasa negeri Pahang dipemerintah oleh Bendehara Tun Ali (1782-1857). Sejarah kedatangan Tok Linggi ke kampung ini bermula dimana beliau bersama lima orang adik-beradik telah datang ke Tanah Melayu di mana destinasi pertamanya ialah Negeri Sembilan.Di Negeri Sembilan, adik-beradik ini telah berpecah dengan merantau dimana seorang daripadanya ke Negeri Perak, seorang ke Negeri Johor, dan seorang ke Negeri Selangor. Manakala Tok Linggi dan bersama seorang adiknya meneruskan perjalanan mereka dengan berjalan kaki ke Negeri Inderapura (Pahang) hingga sampai ke tempat yang dinamakan Semantan di Daerah Temerloh.

Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 orang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang.Tok Linggi bersama rombongan yang pertama telah sampai ke satu tebing sungai berpasir yang landai dan cantik serta banyak ikan sia datang bermain-main. Beliau telah menamakan tempat tersebut dengan nama Pasir Sia. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan dan mendarat di Kampung Beralas dan Kampung Perlak. Mereka meneruskan perjalanan di darat dan berehat di sebuah tanah lapang yang menyerupai sebuah padang. Tok Linggi telah menamakan tempat tersebut sebagai nama Padang Tunggu, kerana di tempat tersebut mereka berehat menunggu rombongan kedua sampai. Kini tempat tersebut dinamakan Padang Tengku.

Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan hingga ke sebuah tempat yang bernama Sungai Damar. Tok Linggi dan rombongan meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah sampai ke sebuah bukit yang tinggi. Dari atas bukit tersebut beliau telah melihat pemandangan alam semulajadi yang indah serta bentuk di kawasan tersebut seolah-olah seperti sebuah kawah yang merelong. Bukit tersebut dinamakan Bukit Peninjau dan kawasan yang dilihatnya indah dan cantik itu dinamakan Kampung Relong.Tok Linggi dan rombongannya terus menjadikan Kampung Relong sebagai tempat kediaman, dimana tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong.

Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong.Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini.Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Peninjau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Meninjau juga merupakan tempat asal beliau

http://lipis-zaini.blogspot.com/2008/01/nama-dan-sejarah-kampung-tanjung-besar.html

ASAL USUL KEMAHANG DAN KEMAHANG HILIR (PERLONG)

Tuesday, October 28th, 2008

Kampung Kemahang dibuka pada tahun 1708 oleh Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman apabila hubungan di antara Pahang dan Johor kembali pulih setelah sekian lama retak selepas Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677) menyerang Pahang pada tahun 1638 menyebabkan ramai yang terbunuh. Hubungan Pahang dan Johor pulih semula selepas tahun 1641 apabila Sultan Abdul Jalil Syah II melantik sepupunya Raja Bajau (Putera Sultan Abdullah Maayat Syah) sebagai Yamtuan Muda di Pahang. Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman adalah keturunan Tun Ibrahim, anak kepada Sultan Abdul Jalil Syah II.

Semasa adik kepada Tun Ibrahim iaitu Tun Abbas menjadi Bendahara yang memerintah di Pahang, Panglima Gantang telah mudik di sungai Pahang melalui sungai Jelai terus ke sungai Lipis, sungai Rengai, sungai Kemahang mudik sehingga sungai Asah. Oleh kerana sungai itu semakin ke hulu semakin sempit perahu tongkang beliau terkandas di muara sungai Asah. Setelah sekian lama rangka perahu tongkang masih lagi dapat dilihat di situ.

Nama Kemahang diberi bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai kemahang (colocasia) atau biasanya dipanggil keladi. Sehingga kini masih terdapat pelbagai spesis keladi di Kemahang. Keladi jenis kemahang juga terdapat di kampung-kampung berhampiran seperti Budu, Tanjung Besar, Chat, dan Peruang. Keladi kemahang juga boleh dibeli di pekan sari Benta pada setiap ahad. Keunikan keladi jenis kemahang di Kemahang ialah ianya tidak berasa gatal apabila dimakan. Sekiranya dimakan dan terasa gatal maka sahlah bukan keladi yang ditetak (dipetik) dari Kampung Kemahang.

Mengikut lagenda, puak Panglima Gantang telah berperang dengan puak orang asli diketuai oleh Tok Batin Piah yang tinggal di Bukit Taching iaitu di kaki Bukit Raya. Pokok asam jawa yang ada sekarang adalah sempadan di antara dua puak. Orang asli telah menggunakan getah keladi untuk menuba air sungai Kemahang sehingga menjadi racun bagi sesiapa yang meminumnya. Air tersebut telah terminum oleh anak Panglima Gantang yang kacak dan tampan yang ketika itu sedang bercinta dengan anak perempuan Tok Batin yang tidak kurang cantik menawan. Laksana Romeo dan Juliet, demi cinta, anak perempuan sanggup minum air yang beracun itu. Nama Kemahang diberi setelah keladi kemahang yang beracun pada ketika itu telah ditawar oleh Panglima Gantang.

Mengikut kajian ekologi pula, Kemahang mempunyai sumber air bumi yang mengandungi kandungan mineral yang cukup tinggi dan tulen serta menghasilkan tumbuhan yang amat segar termasuk keladi sehingga tidak merasa gatal jika dimakan. Jalan Bukit Gantang pula diberi sempena nama Panglima Gantang

http://kemahang-jkkk.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

 

Kemahang Hilir pada asalnya dikenali sebagai Perlong. Mengikut kajian sejarah, Datuk Perlong adalah generasi ke empat Tun Ibrahim. Sungguhpun keturunan yang bergelar Tun, Tok Perlong terpaksa menggugurkan gelaran tersebut setelah beliau mengahwini orang kebanyakan.

Tok Perlong menyusur masuk menggunakan beberapa perahu jalak bersama pengikut-pengikutnya melalui sungai Lipis ke sungai Rengai sehingga ke sungai Kemahang di Kuala Kemahang tetapi tidak boleh mudik ke hulu lagi sepertimana kapal tongkang Datuk Panglima Gantang dahulu kerana sungai sudah semakin sempit. Pada masa itu ramai orang di situ tidak terhingga sehingga adanya pekan sari bertapat di sebuah bukit yang dinamakan Bukit Kedai yang ada sehingga hari ini.

Cara pengistiharan dahulu kala sebagai perasmian membuka sesebuah kampung adalah dengan menebang pokok yang paling besar yang terdapat di kawasan itu. Tok Perlong memilih sepohon mahang yang paling besar dan tinggi di tengah-tengah Kampung tersebut untuk ditebang sebagai upacara pengisytiharan. Beliau mendirikan rumah tongkah berhampiran pokok mahang itu bagi upacara penebangan dan pengisytiharan. Apabila batang mahang itu jatuh ke tanah maka diisytiharlah pembukaan Kampung tersebut Beliau sendiri menebang pokok Mahang yang sungguh besar sehingga seramai 400 orang boleh duduk di atasnya setelah ianya tumbang melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itulah dikatakan asal nama KAMPUNG KEMAHANG. Fakta ini mengandungi perselisihan kandungan dengan fakta sejarah Kemahang Hulu. Walaubagaimana pun, yang pasti, Kampung Perlong diambil bersempena dengan nama Tok Perlong.

http://kemahang-jkkk.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG TANJUNG BESAR

Tuesday, October 28th, 2008

Kampung Tanjung Besar mula dibuka pada tahun 1722 bermula dari Perlong yang terletak di Kampung Kemahang Hilir. Pembukaan kampung ini diketuai oleh Tok Hamid yang berasal dari keturunan Tun Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dimana pada masa tersebut beliau turut dibantu oleh seorang kaum asli sebagai pemandu arah yang bernama Kutek semasa dalam perjalanan dari Lechok menuju ke Sungai Kong.

Semasa perjalanan ini, beliau dan para pengikutnya telah mengambil masa selama tujuh hari sebelum kembali semula ke Perlong setelah kehabisan bekalan makanan yang dibawa. Beliau dan para pengikut seterusnya selama empat hari empat malam meneruskan perjalanan semula menuju ke Sungai Kemesar. Mengikut perkiraan beliau terdapat syarat-syarat yang harus diambil kira sekiranya ingin membuka sebuah kampung dan tanah paya iaitu keadaan tanah dan tumbuh-tumbuhan iaitu dari sebesar-besar pokok tualang sehinggalah sekecil-kecil tumbuhan renek.

Setelah syarat-syarat ini diambil kira, maka beliau dan para pengikutnya bersetuju untuk meneroka kawasan yang terletak di Kemesar ini untuk dijadikan sebuah perkampungan. Nama kampung Kemesar ini diambil sempena nama sejenis pokok iaitu pokok kemesar yang banyak terdapat di bahagian hulu sungai ini.

Asal usul nama Tg. Besar pula adalah nama yang dicadangkan oleh Ahmad Ketot bin Abdul Rahman seperti yang terdapat di dalam buku yang dikarang oleh beliau kerana merasakan nama asal kampung ini kurang sesuai iaitu “Sawa Besar” yang diambil sempena spesis seekor ular iaitu ular sawa yang sangat besar yang ditemui semasa pembukaan kampung . Ular sawa yang besar ini ditemui oleh penduduk kampung ketika sedang berkubang pada musim panas di sebuah tasikDanau Asah yang terletak di bawah kaki bukit tersebut. Ular Sawa yang besar ini berlingkar disepanjang sungai Rengai sehinggalah ke sungai Kepung iaitu disepanjang tanjung yang terdapat di sungai-sungai tersebut. Maka setelah bersepakat mereka bersetuju untuk menamakan kampung tersebut sebagai “Tanjung Besar”.

http://lipis-zaini.blogspot.com/2008/01/nama-dan-sejarah-kampung-tanjung-besar.html

Tambahan: Keberadaan Tok Hamid disanggah oleh beberapa pengkaji, namun kampung-kampung berdekatan sememangnya diriwayatkan dibuka oleh keturunan2 Tun Ibrahim seperti Panglima Gantang di Kemahang. Wallaahua’lam.

Mengapa kita harus menamai diri kita Salafy?

Thursday, October 23rd, 2008

Penulis: Syaikh Al Albani rahimahullah
Sumber: http://welldan.web.ugm.ac.id/

Mengapa kita memakai nama Salafy ? apakah penamaan itu bukan termasuk ajakan kepada hizbiyah atau thaifiyah (seruan untuk berfanatik kepada kelompok tertentu) ataukah merupakan kelompok baru dalam Islam? Sesungguhnya istilah Salaf sudah dikenal dalam bahasa Arab maupun dalam syariat Islam. Namun yang kita utamakan disini adalah pembahasan nama tersebut dari segi syariat.

Dalam hadits yang shahih disebutkan bahwa ketika Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam ditimpa penyakit yang menyebabkan kematiannya, beliau berkata kepada Fathimah Radhiallahu anha: “Bertakwalah kepada Allah (wahai Fathimah) dan bersabarlah. Dan aku adalah sebaik-baik salaf (pendahulu) bagimu.”

Dan para ulama pun sangat sering menggunakan istilah salaf sehingga terlalu banyak untuk dihitung. Dan cukuplah salah satu contoh yang biasa mereka gunakan sebagai hujjah untuk memerangi bid’ah: “Segala kebaikan adalah dengan mengikuti jejak Salaf. Dan segala kejelekan ada pada bid’ahnya kaum khalaf. Tetapi ada sebagian orang yang mengaku ulama (ahlul ilmi) menolak penisbatan (penyandaran) diri kepada Salafi ini. Mereka menganggap penisbatan ini tidak ada asalnya sama sekali! Menurut mereka, seorang muslim tidak boleh mengucapkan : “Saya pengikut para Salafus Shalih dalam segala apa yang ada pada mereka baik dalam beraqidah, ibadah maupun berakhlak.”

Tidak diragukan lagi bahwa pengingkaran seperti ini, kalau memang demikian yang mereka maksudkan, menunjukkan adanya tindakan untuk melepaskan diri dari pemahaman Islam yang shahih (benar) sebagaimana yang dipahami dan dijalani oleh salafus shalih dan pemimpin mereka Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam.

Seperti tersebut dalam hadits mutawatir yang terdapat dalam shahihain (Bukhari-Muslim) dan lain-lain bahwa Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:”Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para Shahabatku), kemudian yang sesudahnya (Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (Tabi’ut Tabi’in)”.

Oleh karena itu, seorang muslim tidak boleh melepaskan diri dari penisbatan kepada Salafus Shalih. Sebab tidak mungkin para ulama akan menisbatkan istilah salaf kepada kekafiran maupun kefasikan. Sementara orang-orang yang menolak penamaan itu sendiri, apakah mereka tidak menisbatkan dirinya kepada salah satu madzhab yang ada? Baik madzhab yang berhubungan dengan aqidah maupun fiqih? Mereka ini kadang-kadang ada yang menisbatkan dirinya kepada madzhab Asy’ariyah atau Maturudiyah.

Ada pula yang menisbatkan dirinya kepada para ahlul hadits seperti Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’iyah, atau Hambaliyah yang (kelima madzhab yang terakhir ini) masih termasuk dalam lingkup Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Padahal orang-orang yang menisbatkan dirinya kepada madzhab Asy’ariyah atau madzhab imam yang empat (al-Aimmah al-Arba’ah) tidak diragukan lagi bahwa mereka itu menisbatkan diri kepada person atau orang-orang yang tidak ma’shum (terpelihara dari kesalahan), meskipun diantara mereka terdapat ulama yang benar.

Alangkah lebih baik kalau sekiranya mereka mengingkari penisbatan kepada orang-orang yang tidak ma’shum tersebut. Adapun orang yang menisbatkan diri kepada salafus shalih, sesungguhnya dia telah menisbatkan dirinya kepada yang ma’shum (yakni Ijma’ para shahabat secara umum). Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam telah menyebutkan ciri-ciri Al-Firqah An-Najiyah (golongan yang selamat), yaitu mereka yang senantiasa berpegang kepada sunnah Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah para Shahabatnya Ridhwanullah ‘alaihim ‘ajma’in.

Barangsiapa berpegang teguh kepada sunnah mereka, maka dia pasti akan mendapat petunjuk dari Rabbnya.

Penisbatan kepada salaf ini akan memuliakan orang-orang yang menisbatkan dirinya kepada mereka dan akan menuntunnya dalam menempuh jalan Al-Firqah An-Najiyah.
Sedangkan orang yang menisbatkan dirinya kepada selain mereka, tidaklah demikian keadaannya. Karena dalam hal ini dia hanya mempunyai dua alternatif.
Pertama, boleh jadi dia menisbatkan diri kepada seseorang yang tidak ma’shum.

Kedua, dia menisbatkan dirinya kepada orang-orang yang mengikuti madzab tersebut yang tentu saja tidak ada kema’shuman sama sekali.

Sebaliknya para shahabat Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam secara keseluruhan merupakan orang-orang yang terpelihara dari kesalahan. Dan kita telah diperintahkan untuk berpegang teguh kepada sunnahnya salallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah para shahabatnya. Hendaklah kita senantiasa konsisten terhadap pemahaman Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan manhaj (metode pemahaman) para shahabat. Agar kita tetap berada di dalam”al-’ishmah” (terlindung dari kesesatan) dan tidak menyimpang dari manhaj mereka, dengan memakai pemahaman sendiri yang sama sekali tidak didukung oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Kemudian, mengapa tidak cukup bagi kita dengan hanya menisbatkan diri kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah saja, tanpa pemahaman Salafus Shalih? Maka dalam hal ini ada dua sebab :

Pertama, sebab yang berhubungan dengan nash-nash syar’iah.
Kedua, sebab yang berhubungan dengan kenyataan yang ada pada kelompok-kelompok Islam.

Penjelasan.

1. Yang berhubungan dengan sebab pertama:

Kita temukan dalam nash-nash syar’iah, perintah untuk mentaati segala sesuatu yang disandarkan kepada Al-Kitab dan As-Sunnah sebagaimana firman Allah Ta’ala : “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya serta ulil amri (ulama dan umara) di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah hal itu kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (As-Sunnah), bila kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa:59)

Seandainya ada seorang Waliyul Amri (pemimpin kaum muslimin) yang telah dibaiat oleh kaum muslimin maka kita wajib taat kepadanya, sebagaimana kita wajib taat kepada Al-Kitab dan As-Sunnah. Meskipun dia dan para pengikutnya kadang-kadang berbuat salah. Kita wajib taat kepadanya untuk mencegah kerusakan yang ditimbulkan karena perselisihan tersebut, tetapi ketaatan itu harus dengan syarat yang sudah dikenal, yaitu:”Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah.” (HR Ahmad, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah, hadits no.197)

Dan Allah Azza wa Jalla juga berfirman : “Barang siapa menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti selain jalannya Sabilil Mukminin (para shahabat), maka kami biarkan dia tenggelam dalam kesesatan (berpalingnya dia dari kebenaran) dan kami masukkan ke neraka Jahannam. Dan itu merupakan seburuk-buruk tempat kembali.”(An-Nisa’:115)

Sungguh, Allah Azza wa Jalla adalah Dzat yang Maha Tinggi sehingga tidak mungkin Dia berkata tanpa faedah dan hikmah. Oleh karena itu, tidak diragukan lagi bahwa penyebutan Sabilul Mukminin (jalannya orang-orang mukmin) dalam ayat ini mempunyai hikmah dan faedah yang sangat tinggi.

Penyebutan ini menunjukkan bahwa di sana ada suatu kewajiban yang sangat penting, yaitu : ittiba’ kita terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah harus sesuai dengan manhaj yang dipahami dan dijalankan oleh generasi awal kaum muslimin, para shahabat ridhwanullah alaihim kemudian generasi berikutnya (para tabi’in), kemudian generasi berikutnya (tabi’ut tabi’in). Dan seruan inilah yang senantiasa dikumandangkan oleh Da’wah Salafiyah sekaligus menjadi rujukan utama mereka, baik dalam asas dakwah maupun dalam manhaj tarbiyah.

Sesungguhnya dakwah Salafiyah pada hakekatnya hendak menyatukan umat Islam, sedangkan dakwah-dakwah yang lain justru sebaliknya memecah-belah umat. Allah Ta’ala berfirman : “Dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar.”(At-Taubah:119)

[CR: Para pendakwah salafy seharusnya mempraktik uslub salaf juga dalam berdakwah, bil hikmah]

Maka barang siapa yang ingin memisahkan Al-Kitab dan As-Sunnah di satu sisi dan para Salafus Shalih di sisi lain, dengan memahami dan mengamalkan Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak sesuai dengan pemahaman mereka, maka selamanya dia tidak akan menjadi orang yang shadiq (benar).

2. Yang berhubungan dengan sebab kedua.

Kelompok-kelompok dan partai yang ada pada zaman ini tidak mau beralih secara total kepada Sabilul Mukminin yang tersebut pada ayat di atas, yang hal ini diperkuat oleh beberapa hadits. Antara lain hadits “Iftiraqul Ummah” (perpecahan umat) menjadi 73 firqah (golongan), semuanya masuk neraka kecuali satu golongan yang ciri-ciri mereka telah disebutkan oleh Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam : “Golongan itu ialah yang mengikuti sunnahku dan sunnah para shahabatku hari ini.”(lihat : Silsilah Al-Hadits Ash-Shohihah, Syaikh Al-Albani no 203 & 1192)

Hadits ini serupa dengan ayat di atas (QS. An-Nisa: 115), dimana keduanya menyebutkan Sabilul Mukminin. Kemudian dalam hadits lain dari Irbadh bin Sariyah, Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Wajib bagi kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku”(lihat:Irwa’ul Ghalil,Al-Albani no 2455)

Berdasarkan keterangan di atas, maka di sana ada sunnah yang harus kita pegang teguh yaitu sunnah Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah khulafaur Rasyidin. Oleh karena itu, kita wajib kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta Sabilul Mukminin (jalannya para shahabat). Tidak boleh kita mengatakan: “Kami memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman sendiri, tanpa memandang sedikitpun pada pemahaman Salafus Sholih.”

Pada zaman sekarang ini, kita harus melakukan bara’ (pemisahan diri) yang betul-betul bisa membedakan diri kita dengan golongan sesat lainnya. Tidak cukup bagi kita hanya dengan mengucapkan:”saya muslim” atau “madzhabku Islam”, sebab golongan-golongan yang sesatpun menyatakan demikian. Seperti kaum Syiah Rafidhah, Ibadhiyyah, Qadiyaniyyiah (Ahmadiyah) maupun golongan-golongan sesat lainnya. Sehingga apa bedanya kita dengan golongan sesat tersebut?

Bila kita mengatakan : “Saya seorang muslim yang mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah.” Ucapan ini masih belum cukup karena kelompok-kelompok (sesat) seperti Asy’ariyah, Maturudiyah, dan kaum Hizbiyah, mereka juga mengaku mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah.

[CR: pendakwah salafy seharusnya dapat membezakan antara pemikiran salafy dan uslub dakwah. Kita meyakini pemikiran inilah yang paling selamat, dan pada waktu yg sama kita mengajak semua umat Islam memahami hakikat ini

Sehingga tidak diragukan lagi bahwa penamaan yang jelas dan gamblang serta dapat membedakan antara golongan yang selamat dengan golongan yang sesat ialah dengan mengatakan: “Saya seorang muslim yang mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan manhaj Salafus Shalih” atau lebih singkatnya: “Saya Salafi!”

Oleh sebab itu, sesungguhnya kebenaran yang tidak bisa disangsikan lagi ialah : tidak cukup kita hanya bersandar dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa tuntunan dari manhaj Salafus Shalih, baik dalam pemahaman dan pola pikir, dalam ilmu dan amal, maupun dalam dakwah dan jihad.

Kita semua mengetahui bahwa mereka semua (para Salafus Shalih ridhwanullah alaihim ajma’in) tidak fantaik terhadap satu madzhab atau kepada individu tertentu. Sehingga kita tidak pernah menemukan di antara mereka ada yang bersikap fanatik tergadap Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, ataupun Ali bin Abi Thalib radiyallahu anhum.

Bahkan sebaliknya seorang diantara mereka jika memungkinkan untuk bertanya kepada Abu Bakar atau Umar atau Abu Hurairah, maka mereka akan bertanya kepadanya (tanpa memilih-milih). Semua itu mereka lakukan karena mereka meyakini bahwa tidak boleh seseorang memurnikan ittiba’nya kecuali kepada seorang yaitu Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam. Sebab beliau salallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah berkata menurut hawa nafsunya, melainkan hanyalah berdasarkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Kalaupun kita bisa menerima bantahan orang-orang yang mengkritik pemahaman salafi, sehingga kita cukup hanya menamakan diri dengan istilah muslim saja, tanpa menisbatkan diri kepada Salafus Shalih meskipun penisbatan tersebut merupakan penisbatan yang mulia dan shahih. Lantas apakah dengan demikian orang-orang yang mengkiritik itu bersedia melepaskan diri dari penamaan terhadap kelompok-kelompok, madzhab-madzhab, thariqat-thariqat mereka meskipun penisbatan itu semua tidak syar’i dan tidak shahih?

“Cukuplah bagimu perbedaan diantara kita ini. Dan setiap bejana akan memancarkan air yang ada di dalamnya.” Allahlah yang memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Dan Dialah tempat meminta pertolongan.

(Dikutip dari Majalah Salafy- Edisi Perdana/Syaban/1416/1995, Rubrik Mabhats, hal 8-10)

Krisis Ekonomi Dari US ke UK: Ulasan & Perspektif Islam

Wednesday, October 15th, 2008

Krisis Ekonomi Dari US ke UK

: Ulasan & Perspektif Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

Bencana krisis kewangan di USA telah merebak ke negara lain sedikit demi sedikit, jika ia tidak berjaya dipulih, sedikit lagi setiap kita akan merasai pedihnya.

Sekali lagi saya akan cuba menerangkan secara ringkas dan agak mudah apa yang berlaku kepada industri perbankan di United Kingdom dan lainnya. Saya akan cuba membawa ringkasan fakta disusuli beberapa pandangan Islam. Sekali lagi saya ingatkan bahawa ini hanyalah sebuah artikel ringkas yang ditulis untuk kefahaman pembaca bukan di bidang ekonomi dan kewangan. Diharap tulisan ini dapat serba sedikit mengisi kekosongan ulasan ilmuan Islam di Malaysia dan seluruh dunia berkaitan krisis ekonomi dunia terkini.

Ia ditulis secara mudah sekadar memberi pembaca gambaran dan kesan serta pandangan Islamterutama berkenaan pengambilalihan (nationalization) bank komersial, pemotongan interest rate dan lain-lain.

BAIL OUT : DARI AMERIKA KE UNITED KINGDOM

 

Jika sebelum ini saya telah menulis berkenaan bailout USD 700 billion yang diperuntukkan oleh kerajaan US untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan institusi kewangan di USA.

 

Krisis kelihatan semakin merebak di US dan kini mula merebak ke United Kingdom dan beberapa buah negara lain.

 

Manakala situasi di USA semakin menjunam apabila sebuah bank konvesnional riba bernama Washington Mutualyang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung tikar’, ia dijual kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja. Semalam (9 Oktober 08) diwartakan Saham di Amerika jatuh lagi ke tahap yang benar-benar teruk.

 

Di UK pula, HBOS iaitu salah sebuah institusi kewangan riba yang terbesar turut jatuh terlungkup. Mereka dibeli oleh Lloyds TSB.

 

Jatuh itu maksudnya, sama ada dibeli oleh bank lain ataupun dibeli oleh kerajaan melalui proses bailout. Itulah yang dinamakan ‘nationalization’.

 

BAIL OUT OLEH UK

 

UK Prime Minister Gordon Brown mengumumkan peruntukan £50bn (USD 88bn) untuk memilik negara sebahagian daripada kepentingan ekuiti dalam lapan bank utama negara itu, yang antaranya ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society.

 

Apa sudah jadi

 

Kerajaan UK juga, melalui Bank Of England dalam skim yang dinamakan “special liquidity scheme”, menawarkan pinjaman jangka pendek sebanyak £200bn (USD 350bn) khas untuk memberi pinjaman kepada mana-mana bank yang memerlukan kecairan (tunai) segera untuk menyelesaikan masalah Mortgage Backed Securities (MBS) yang bermasalah terutamanya seperti Royal Bank of Scotland.

Selain itu, kerajaan UK juga menyediakan jaminan untuk setiap pinjaman jangka pendek dan sederhana untuk tempoh 3 tahun. Jaminan ini dianggarkan akan menelan kos sebanyak £250 billion.

Semua tiga cara kerajaan UK ini menjadikan jumlah bailout dari UK bernilai £ 500 billion.! Rujuk

Lagi institusi kewangan lain di UK yang bakal di jadikan milik kerajaan adalah Bradford & Bingley (B&B).Kerajaan akan mengambil kawalan ke atas beban pinjaman institusi berkenaan yang bernilai sebanyak £50 billion,  manakala bahagian simpanan dan cawangannya yang bernilai £20 billion pula akan  dibeli oleh sebuah syarikat Sepanyol

 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ‘NATIONALIZATION’

 

Apabila bank-bank komersial di nasionalisasikan ini bermakna ia telah menjadi sebahagian daripada institusi kerajaan dan bukan lagi sebuah syarikat swasta.

Pihak yang berfahaman ‘sosialis’ amat sukakan proses nasionalisasi ini, bagi mereka semua pengeluaran, pengagihan dan harta di dalam negara sepatutnya di miliki dan dipegang oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Sistem ekonomi Islam tidak sependapat dengan fahaman ekonomi sosialis yang terlalu ingin meng’kerajaan’ segala-galanya.

Islam juga tidak bersetuju dengan cara ekonomi kapitalis yang terlalu membuka peluang begitu luas sehingga menjadikan untung sebagai fokus dan segala-galanya dalam dunia perniagaan dan kehidupan. Islam boleh dikatakan berada di pertengahan, ada perkara yang perlu di’kerajaan’kan dan ada yang tidak.

Islam juga membenarkan pencarian untung dalam dunia perniagaan namun ia mempunyai tanggungjawab dan limitasi seperti kewajiban zakat, kebajikan, berniaga dalam lunas yang halal dan pelbagai lagi. Limitasi moral dan nilai ini amat longgar dan hampir tiada dalam dunia ekonomi kapitalis.

Justeru, membiarkan semua bank komersial riba yang mengalami kerugian akibat kelemahan pengurusan dan ketamakan, lalu dibayar dengan sejumlah amat besar wang rakyatnya melalui proses ‘nasionalisasi’. Ia tidaklah boleh diterima oleh Islam.

Hasil dari nasionalisasi ini adalah berikut :-

a- Harta dan aset ; harta dan asset bank atau syarikat tersebut sudah menjadi harta dan aset kerajaan.

b- Halatuju : Kerajaan berkuasa untuk menentukan halatuju bank yang telah diambil alih (jika peratusan pemilikkannya adalah terbesar), sebahagiannya berpendapat dengan demikian, ia lebih selamat berbanding swasta.  

c- Kurang Risiko ; Ia lebih baik kerana kerajaan akan sentiasa berimbang dalam mengejar keuntungan berbanding swasta yang sentiasa ingin perbanyak untung serta lebih mengambil risiko.  

d- Suasana Kerja Lebih Mudah ; Suasana pekerjaan lebih baik kerana amat jarang kerajaan membuang pekerja berbanding swasta yang sentiasa menagih prestasi tinggi.  

e- Aset Utama dimiliki ; Aset berharga tinggi dan amat diperlukan (terutamanya key services) lebih selamat dari dijual kepada pihak asing, berbanding swasta yang sentiasa ingin menggandakan wang walaupun dengan menjualnya kepada pihak asing. Masalahnya, adakah perbankan komersial ini amat amat diperlukan?. Kerajaan masih boleh membantu peminjam melalui pelbagai cara lain.

 

 

Namun begitu kebanyakkan usahawan-usahawan yang wujud di dalam pasaran memandangnya sebagai satu tindakan yang boleh membawa negative kerana :-

1) Prestasi kerja akan menurun, demikian semua maklum akan tekanan kerja di bawah swasta dan kerajaan. Tahap kecekapan akan menurun, situasi selesa amat boleh membawa padah.

2) Kurangnya persaingan ; Menurut teori perniagaan, persaingan amat penting bagi mewujudkan pembangunan berkualiti.

3) Bertambah campurtangan politik ; Apabila sebuah syarikatr besar seperti bank komersial masuk dalam pemilikan kerajaan, campur tangan orang politik semakin mudah menyelinap dan akhirnya mewujudkan kelemahan keyakinan pelabur,

4) Menyuburkan sikap ‘favoritism’ dalam bisnes. Selepas ini sdudah tentu projek-projek besar kerajaan akan diberikan kepada syarikat di bawah naungannya atau yang unyai ikatan langsung dengannya. Hasilnya, syarikat swasta yang cekap kempunan dan kurang bisnes disebabkan asyik kalah tender dengan syarikat berkaitan kerajaan. Hal yang sama banyak berlaku di Malaysia.

5) Meningkatkan beban kerajaan yang telah sedia banyak ; Setiap hutang yang sedia ada dan pengurusannya kini di bawah tanggungjawab kerajaan.

6) Peluang pekerja semakin sukar ; Peluang para pekerja bank terbabit untuk naik atau naik gaji juga amat sukar apabila prose sini berlaku. Sebagaiman sukarnya kakitangan awam naik gaji dan pangkat, itu akan berlaku. Berbeza dengan swasta yang lebih responsif kepada kakitangan yang cemerlang dengan kepantasan peluang naik pangkat, gaji dan bonus. Ini bakal menyebabkan prestasi kerja menurun.

7) Kerajaan Hilang Fokus Kebajikan ; Semua hutang yang terhasil dan berbaki dari syarikat gergasi yang dinasionalisasi akan menjadi beban kerajaan. Ini bermakna ia menjadi beban semua rakyat. Tanpa pengurusan dan pendapatan yang baik, kerajaan akan menaikkan cukai. Bayangkan, bagaimana proses ini boleh beri kesan negatif kepada rakyat. Di United Kingdom, sudah tersebar analisa dari pelbagai pihak, PELBAGAI CUKAI AKAN DINAIKKAN akibat dari bail-out ini.!

 

Dalam Islam, nasionalisasi adalah amat diperlukan dalam sektor perkhidmatan utama seperti pengurusan air, makanan asasi seperti beras, eletrik, kesihatan dan lain-lain perkara asas bagi masyarakt. Ia penting bagi kerajaan mengawal harga dan kebajikan awam. Penswastaannya bakal membawa beban keapda rakyat ramai akibat harganya yang pasti meningkat kerana target sesebuah syarikat swasta adalah UNTUNG. Kerajaan tidak sewajarnya mempunyai target sebegitu sebagai sasaran utamanya.

 

Namun nasionalisasi dalam bidang komersial dan bisnes yang bukan TERDIRI DARI PERKARA asasi adalah tidak digalakkan di dalam Islam bagi mengawal hal negatif yang dinayatakan di atas.

 

ADAKAH BANK ANDA SELAMAT?

 

Cuba anda lihat saham bank anda di papan bursa saham, jika anda dapati sahamnya sedang jatuh dan terus jatuh, itu bukti kesannya semakin hampir dengan anda, termasuk juga saya.

 

Sebagai contoh, cuba anda lihat betapa teruknya saham Merrill Lynch jatuh,

 

 

 

 

 merill

 

Rajah : Saham Merril lynch

 

Lihat pula apa berlaku kepada saham Bank Bradford & Bingley yang akhirnya akan ambil alih oleh kerajaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     crunch

 

Rajah : Kejatuhan Saham Bank Bradford & Bingley (8 Okt 08)

 

 

Macam mana mengaitkan saham dengan masalah bank ?

 

Saya teringat seorang kenalan saya yang merupakan seorang jutawan melayu muslim yang hebat, founder kepada sebuah syarikat di papan utama bursa saham KL. Beliau pernah berkata apabila melihat screen naik turun harga saham:-

 

Apabila saham syarikatnya atau syarikat-syarikat yang dilaburinya naik dan turun,

“Bila naik sahaja, terus terasa kaya (walaupun itu baru merupakan untung atas kertas), namun apabila jatuh terasa demam dan miskin”

 

Secara mudah faham, harga saham itu menunjukkan nilai atau value sesebuah syarikat atau bank. Jika ia jatuh, bermakna nilai bank dan syarikat turut jatuh dan terkesan, dividen yang mampu diberikan kepada pelaburnya juga mengecut. Nilai bank itu mengecil dan keyakinan pelabur termasuk penyimpan juga pasti jatuh. Akhirnya, semakin ramai menjual sahamnya dan mengeluarkan simpanannya. Ini akan mengecilkan kemampuan bank ini untuk memperolehi tunai. Tanpa wang sebegini bank tidak mampu memberi pinjaman kepada pemohonan, tanpa pemberian pinjam, bank akan gagal memperolehi untung.

 

Keadaan ini boleh menyebabkan kegoncangan kepada pengurusan bank dan akhirnya pengurusan credit bank akan menjadi kurang yakin untuk memberikan pinjaman ( kerana wang mereka juga sudah mengecil), malah jika mereka beri sekalipun, nescaya akan dipilih pelanggan yang benar-benar kukuh sahaja.

Selain itu, kesan dari kejatuhan nilai saham sesebuah syarikat yang tersenarai juga adalah ;

‘rating’ yang diberikan kepada mereka oleh ‘Rating Agency’ akan turut akan jatuh, sebagai contoh pada 9 Oktober 2008, saham JP Morgan jatuh dan sekaligus menyebabkan agensi rating menyemak semula rating asalnya,

apa yang berlaku jika rating mereka jatuh?. Ini bermakna, setiap permohonan pinjaman kepada bank selepas ini akan dikenakan kadar faedah (interest) yang lebih tinggi. Itulah sifir perbankan, lagi berwibawa status kewangan anda, lagi murah anda boleh dapat, namun apabila anda jatuh wibawa, rate tinggi bakal menjelma.

Mengapa demikian?. kerana risiko yang ditanggung oleh bank lebih besar.

Apabila sesebuah bank bermasalah, semua pendeposit akan menghadapi masalah, contohnya salah sebuah bank yang terbesar di Iceland yang punyai banyak cawangan di UK jatuh lingkup. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak kerajaan tempatan di UK dan polis menyimpan wang mereka dan melabur dalam bank tersebut, dianggarkan nilainya lebih £900 juta. Kini semua sektor awam yang terlibat sudah bimbang kerana terdapat kemungkinan wang mereka akan hangus bersama keruntuhan bank tersebut.

Laporan BBC menyebut :

So far more than 100 local authorities in England, Wales and Scotland have revealed that they have deposits worth £842.5m in total.

The figure is £946.8m when investments by police authorities and Transport for London are added.

Bayangkan jika jumlah sebesar itu hangus begitu sahaja. Berita Lanjut.

Justeru, mana-mana syarikat besar, unit saham amanah, sektor awam di Malaysia yang ada menyimpan wang dan melabur di bank-bank besar di luar negara. Masalah bakal sampai kepada mereka dan akhirnya sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

‘CREDIT CRUNCH’ : APA BENDA TU?

 

Pihak bank berbuat demikian kerana bimbang akan tahap kemampuan kecairan dan kewangan mereka. Apabila ini berlaku, pihak bank juga akan semakin kurang membuat inter bank money market (penjelasan : biasanya pihak bank akan bertukar-rukar pinjam dan memberi pinjaman riba secara jangka pendek antara satu sama lain, semuanya bertujuan untuk mendpaat untung atau menguruskan kewujudan aliran tunai bank masing-masing, inilah definisi mudah interbank money market),

 

Kelembapan interbank money market ini atas sebab kurang yakin mereka dengan keadaan tida menentu ekonomi dan bimbang kerugian, pihak bank hanya akan luluskan pinjaman atau pembiayaan dengan kos yang lebih tinggi dan penilaian yang lebih ketat. Ini yang dinamakan dinamakan ‘Credit Crunch’ atau keruntuhan kredit, dan inilah yang sedang berlaku SEKARANG hampir di seluruh dunia bermula di USA dan merebak ke UK.

 

Antara sebab Kerajaan UK menyuntik berbillion pound tadi adalah juga dengan harapan agar pihak bank kembali melaksanakan kebiasaan interbank money market ini.

Pandangan Islam terhadap money market, kebanyakkan instrument yang wujud dalam money market ini adalahharam menurut ulama sedunia. Namun demikian dalam sistem perbankan Islam dan di Malaysia terutamanya, mereka mempunyai instrumen tersendiri dalam melaksanakan fungsi money market ini dan ia telah disahkan halal oleh Majlis Shariah Bank Negara Malaysia.  

 

Kembali kepada isu ‘credit crunch’; kesan negatif dari credit crunch adalah semua industri pembuatan, perkilangan dan lain-lain industri perniagaan yang sentiasa memerlukan injeksi tunai akan terjejas kerana kesempitan tunai dan ‘cash flow’ (aliran tunai) yang tidak stabil, ringkasnya, mereka akan kekeringan wang untuk operasi mereka.

 

Kesan selanjutnya adalah pembuangan pekerja dan tiada kenaikan gaji atau bonus. Kesan dari itu, pekerja dan orang ramai akan gagal membayar pinjaman perumahan, kereta, kad kredit mereka dan lain-lain hutang. Bank akan menderita akibat peratusan gagal bayar hutang meningkat dan memaksa sesebuah bank gulung tikar atau dibeli oleh kerajaan. Bank riba juga menderita apabila TELAH MENJANJIKAN interest kepada seluruh pelabur di fixed depositmereka dan akaun-akaun mereka. Ini mempercepatkan lagi runtuhnya bank ini.

 

Lantaran dari itu, ia akan menjadi semakin tenat dan memberi kesan kepada seluruh bank-bank lain yang berurusan dengannya, tatkala itu terpaksalah ia diambil alih oleh kerajaan dalam proses bail-out.

 

Sekali lagi saya ulangi, apabila sesebuah bank komersial diambil alih oleh pihak kerajaan iaitu secara injeksi tunai melalui pembelian saham bank terbabit, ini dinamakan ‘nationalized’. Kebaikan dan kelemahannya telah saya sebutkan di atas.

 

Inilah yang berlaku kepada semua firma yang di cop ‘nationalized’ dalam gambar rajah di bawah.

 

 

 

ditimpa musibah

Gambar : Beberapa syarikat gergasi yang terlibat

 

Pembuangan pekerja bukan sahaja akan berlaku dalam industri pembuatan malah juga akan dan telah berlaku dalam industri perbankan. Sebagai contoh UBS Switzerland bank telah membuang 2000 orang pekerjanya akibat dari kesan ini.

 

KADAR FAEDAH DIKURANG O.5 % & PANDANGAN ISLAM

 

Apa maksud ini?, keputusan telah dibuat negara-negara terbabit untuk mengurangkan kadar faedah (interest) sebanyak 0.5 %.

 

Dari sudut pandang ekonomi tulen, ia adalah satu langkah yang ada kebaikannya dalam menyelesaikan maslaah ekonomi semasa kini.

 

Hasil dari pengurangan ini mereka mengharapkan agar peminjam-peminjam mampu membayar hutang mereka kepada bank dengan lebih efisyen dan akhirnya akan mampu memulihkan masalah hutang tertunggak dan kekurangan aliran tunai bank.

 

Institusi kewangan di UK telah mengurangkan kadar dari 7% kepada 6.5%. Bank pusat China juga mengurangkan kadar riba sebanyak 0.27 % kepada 6.93%. Demikian juga tindakan oleh US Federal Reserve, European Central Bank (ECB), Bank of England, and the central banks of Canada, Sweden and Switzerland yang mana semua mereka membuat potongan riba secara kecemasan. Jepun tidak menurunkannya kerana dikatakan kadar yang sedia ada telah pun rendah.

 

Pakar mengatakan, jika lebih banyak bank pusat mengambil keputusan penurunan kadar faedah, ia lebih baik. Jika tidak ia hanya dilakukan oleh sesebuah bank pusat, ia sudah tentu akan menganggu nilai matawang negara berkenaan.

Pasaran sedang memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah bersama seperti menurunkan kadar faedah pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Dunia di Washington pada Jumaat ini (10 Okt 2008).

Penurunan kadar faedah ini dijangka boleh memberikan sedikit kelegaan kepada peminjam hutang rumah yang semakin tenat. Kesannya, bayaran bulanan hutang rumah kepada bank akan berkurangan dari biasa. Jika di UK sebagai contoh, katalah anda sedang punyai hutang rumah sekitar GBP 150,000, maka bayaran hutang bulanan kepada bank dijanka berkurangan sedikit sebanyak GBP 47 sebulan.

 

Ketua Analisa ekonomi Antarabangsa di Capital berpendapat pemotongan ini hanya mampu memberikan kesan sementara untuk pemulihan keyakinan pelabur, namun ia belum mencukupi selagi tida diubah seluruh sistem ekonomi. 

 

PANDANGAN ISLAM BERKENAAN ‘INTEREST RATE CUT’

 

Jikalah ia sebuah Islamic Bank, proses memberikan diskaun atau melepaskan sebahagian beban daripada orang berhutang yang tidak punyai kemampuan adalah tepat dan amat baik. Ia bertepatan dengan firman Allah :-

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

 

 

Ertinya : Dan sekiranya mereka (yang berhutang) itu berada di dalam kesukaran, kamu berilah mereka tangguh sehingga mereka senang, dan jika kamu bersedeqah (beri diskaun termasuk dalam sedeqah) itu adalah lebih baik”  ( Al-Baqara : 280)

 

Namun dalam kes kadar faedah diturunkan ini, tiada banyak pujian boleh kita berikan juga kerana semuanya adalah riba riba riba. Sebagaimana saya tidak boleh memuji jiika harga rokok dan arak diturunkan, demikian juga saya tidak boleh memuji kadar riba diturunkan.

 

Kita hanya boleh memuji jika ia dibuang terus dan diganti dengan sistem tanpa riba.

 

Menurut pakar, walaupun kadar faedah bagi pinjaman perumahan diturunkan, pihak bank akan masih tertekan. Menurut hukum asalnya, dalam keadaan credit crunch, pihak bank sangat ingin menaikkan iinterest rate dan bukannay menurunkannya kerana setiap dollar, pound atau ringgit yang dipinjamkan kepada peminjam sepatutnya menghasilkan lebih banyak ‘interest’ disebabkan wang tunai yang sukar diperolehi.

 

Apabila tiada jalan lain untuk memulihkan keyakinan pasaran terhadap industri bank, mereka terpaksa dalam derita setuju dengan potongan kadar faedah.

 

Namun demikian, mereka pasti cuba menghasilkan untung dari sektor yang lain. Justeru, pakar ekonomi menjangkakan peminjam-peminjam dari sektor Indstri Kecil dan Sederhana dan semua pinjaman korporat akan ditekan dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Yang turun adalah pinjaman perumahan dari orang ramai,  pinjaman syarikat bagi perniagaan belum tentu lagi.

 

Kesannya adalah ‘back to square one’, iaitu perniagaan sukar mendapat kelulusan dan akhirnya memberi kesan kepada perkembangan industri dan pembuangan pekerja akan berlaku. Hari ini berita Wales, memaklumkan beribu-ribu pekerja sektor perbankan dan lain-lain mula dibuang kerja.

 

Saya juga tidak dapat nafikan, pemotongan ini beri sedikit kesan buruk kepad aperbankan Islam yang kebanyakkannya menggunakan ‘fixed rate’ disebabkan oleh aqad jual beli sama ada Bai Bithaman Ajil (BBA) atau Murabahah yang mereka gunakan. Kecualilah jika mereka menggunakan produk BBA dengan kadar variable melalui sistem ibra’ (rebate).

 

Produk pembiayan peruamahan yang menggunakan aqad Musharakah Mutanaqisah dan Ijarah Thumma Al-Bai tiada menghadapi sebarang masalah dalam isu potongan interest rate ini, mereka juga mampu menawarkan diskuan yang kompetetif buat pelanggannya. Semunya halal. InshaAllah.

 

LAIN-LAIN KESAN SECARA RINGKAS

 

Lain-lain kesan dari keadaan ekonomi yang runcing dan tidak menentu ini adalah :-

 

1) HARGA MINYAK

Dijangka akan jatuh kerana pasraan bimbang dan tida pasti samada pemrintaan minyak akan meingkat atau turun di musim kejautah ekonomi. Setakat 8 Oktober 2008, harga minyak telah jatuh lebih 40 % dari USD 150 kepada USD 87.15 per barrel. Ia adalah yang melegakan di musim krisis ekonomi.

 

2) KEJATUHAN PASARAN SAHAM SEDUNIA

 

Menurut fakta pada 7 Oktober 2008 :-

  • Pasaran saham UK, FTSE 100 index jatuh 7.1% kepada 4,278.
  • Germany’s DAX index is trading down 6.1%.
  • Singapore’s main Straits Times Index closes 6.61%, or 143.94 points, lower at 2,033.61,
  • Australia’s All-Ords index closes down 228.1 points, or 4.96%, at 4,369.8, a day after rallying in response to a 1 percentage point interest rate cut by the central bank.
  • Hong Kong’s main Hang Seng index closes down 1,372.03 points, or 8.17%, at 15,431.73
  • France’s CAC 40 jatuh 8.18% to 3,426, tahap terendah sejak December 2003.
  • Russia’s Micex exchange announces it is suspending trading until Friday after the index drops more than 14% in the first half-hour of trading
  • Japan’s Nikkei 225 index ditutup pada 952.58 mata, or 9.4%, pada 9,203.32 - merupakan kejatuhan terbesar dalama sehari dalam tempoh 21 tahun. Perdana Menteri Jepun, Taro Aso berkata pada hari Rabu lalu pasaran saham Nikkei 225 jauth lebih 10% dan mengatakan “ia adalah diluar imiginasi kami”, ia mendakwa terdapat kebimbangan luar biasa terhadap ekonomi negaranya.
  • India  : India’s benchmark Sensex index sinks by 5.3% as fears of a global recession mount.
  • Indonesia : Trading is suspended for a day on the Indonesia Stock Exchange due to “irregularities” after the benchmark JSX index sank 10.4%, or 168.1 points
  • Malaysia ; Pada 7 Oktober 2008; Indeks komposit Malaysia jatuh 2.71% kepada 970.19 dengan 605 kaunter syarikat mengalami kerugian berbanding 117 yang beroleh untung

 

Namun pada 8 Oktober, setelah interest rate di potong 0.5 %, beberapa pasaran saham menunjukkan sedikit reaksi positif dengan beberapa kenaikan.

 

Kejatuhan ini akan beri kesan kepada semua orang-orang kaya yang punyai saham di bursa saham negara masing-masing. Mungkin ada si kaya yang bakal jatuh sakit jantung akibat kejatuhan nilai sahamnya.

 

Adapun orang kelas sederhana mungkin waktu terbaik buat mereka untuk membeli saham dengan harga murah dengan harapan dan analisa bahawa nilai saham itu akan naik semula inshaALlah dan keuntungan boleh diperoleh.

 

Bagi orang kurang bernasib baik dan miskin yang tidak punyai satu lot atau unit saham, mereka tidak merasa sebarang kerugian kecuali jika syarikat yang jatuh sahamnya itu terpaksa membuang pekerja. Tatkala itu, masalah besar akan dirasai.

 

 

3)  HARGA DAN NILAI RUMAH JATUH

 

Masalah kewangan yang sedang kita bentangkan ini juga memberi kesan langsung kepada harga atau nilai rumah di UK, demikian juga di Amerika. Dilaporkan bahawa harga nilai rumah jatuh house 1.3% dalam bulan September.

 

Industri perbankan meramalkan kejatuhan nilai itu beerti kejatuhan nilai tahunan sebanyak 12.4%,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penganalis di UK meramalkan nilai harga rumah akan jatuh ke paras maksimum iaitu 15% bulan depan.

 

Begitulah serba ringkas bagaimana merebaknya krisis ekonomi US yang sudah menjadi krisi ekonomi dunia. Demikian juga beberapa pandangan Islam yang sempat saya coretkan untuk pengetahuan pembaca.

Inflasi di UK juga bertambah meningkat, ia semakin membimbangkan.

 

 

uk 

Rajah : Inflasi di United Kingdom

4) HARGA EMAS NAIK

Harga emas turut menjadi bertambah baik kesan dari krisis, ia kerana nilai emas yang diyakini dapat bertahan dalam kejatuhan nilai matawang sesebuah negara terutama USD.

emas dan minyak

 

AKHIRNYA 

Semoga ada manfaatnya artikel ini dalam usaha memberikan gambaran ringkas dan mudah tentang apa yang berlaku dan bagaimana perspektif Islam secara ringkas.

 

Harapan saya artikel ini mampu memberikan sedikit kelompongan ulasan dari ilmuan Islam berkenaan krisis ekonomi yang sedang terjadi di sekeliling kita.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

9 Oktober 2008

10 Syawwal 1429 H

Wales, United Kingdom

 

__________________________________________________________________________________________________ 

Berikut adalah beberapa glosari istilah kewangan yang mudah di dalam bahasa Inggeris.

 

 

 

A-C

Administration

A rescue mechanism for UK companies in severe trouble. It allows them to continue as a going concern, under supervision, effectively to try to trade out of difficulty.

A firm in administration cannot be wound up without permission from a court.

Assets

Things that have earning power or some other value to their owner.

Fixed assets (also known as long-term assets) are things that have a useful life of more than one year, for example buildings and machinery; there are also intangible fixed assets, like the good reputation of a company or brand.

Current assets are the things that can easily be turned into cash and are expected to be sold or used up in the near future.

Bear market

In a bear market, prices are falling and investors, anticipating losses, tend to sell. This can create a self-sustaining downward spiral.

Bond

debt security - or more simply an IOU. The bond states when a loan must be repaid and what interest the borrower (issuer) must pay to the holder. Banks and investors buy and trade bonds.

Bull market

A bull market is one in which prices are generally rising and investor confidence is high.

Chapter 11

The term for bankruptcy protection in the US. It postpones a company’s obligations to its creditors, giving it time to reorganise its debts or sell parts of the business, for example.

Collateralised debt obligations (CDOs)

A collateralised debt obligation is a financial structure that groups individual loans, bonds or assets in a portfolio, which can then be traded.

In theory, CDOs attract a stronger credit rating than individual assets due to the risk being more diversified. But as the performance of some assets has fallen, the value of many CDOs have also been reduced.

Commercial paper

Unsecured, short-term loans issued by companies. The funds are typically used for working capital, rather than fixed assets such as a new building.

Commodities

Commodities are products that, in their basic form, are all the same so it makes little difference from whom you buy them.

That means that they have a market price. You would be unlikely to pay more for iron ore from a particular mine, for example.

Credit crunch

The situation created when banks hugely reduced their lending to each other because they were uncertain about how much money they had.

This in turn resulted in more expensive loans and mortgages for ordinary people.

Credit default swap

A swap designed to transfer credit risk. The buyer of the swap makes periodic payments to the seller in return for protection in the event of a default.

A bank which owns a lot of mortgage debt could swap it, but would have to make a pay-out if those mortgages were not repaid.

Return to list

D-F

Dead cat bounce

A phrase long used on trading floors to describe a short-lived recovery of share prices in a falling stock market.

Derivatives

Derivatives are a way of investing in a particular product or security without having to own it. The value can depend on anything from the price of coffee to interest rates or what the weather is like.

Derivatives can be used as insurance to limit the risk of a particular investment.

Credit derivatives are based on the risk of borrowers defaulting on their loans, such as mortgages.

Equity

In a business, equity is how much all of the shares put together are worth.

In a house, your equity is the amount your house is worth minus the amount of mortgage debt that is outstanding on it.

Fundamentals

Fundamentals determine a company, currency or security’s value. A company’s fundamentals include its assets, debt, revenue, earnings and growth.

Futures

A futures contract is an agreement to buy or sell a commodity at a predetermined date and price. It could be used to hedge or to speculate on the price of the commodity.

Return to list

H-K

Hedge fund

A private investment fund with a large, unregulated pool of capital and very experienced investors.

Hedge funds use a range of sophisticated strategies to maximise returns - including hedging, leveraging and derivatives trading.

Hedging

Making an investment to reduce the risk of price fluctuations to the value of an asset.

For example, if you owned a stock and then sold a futures contract agreeing to sell your stock on a particular date at a set price. A fall in price would not harm you - but nor would you benefit from any rise.

Investment bank

Investment banks provide financial services for governments, companies or extremely rich individuals. They differ from commercial banks where you have your savings or your mortgage.

Return to list

L-P

Leveraging

Leveraging, or gearing, means using debt to supplement investment.

The more you borrow on top of the funds (or equity) you already have, the more highly leveraged you are. Leveraging can maximise both gains and losses.

Deleveraging means reducing the amount you are borrowing.

Libor

London Inter Bank Offered Rate. The rate at which banks lend money to each other.

Limited liability

Confines an investor’s loss in a business to the amount of capital they invested. If a person invests £100,000 in a company and it goes under, they will lose only their investment and not more.

Liquidity

The liquidity of something is how easy it is to convert it into cash. Your current account, for example, is more liquid than your house.

If you needed to sell your house quickly to pay bills you would have drop the price substantially to get a sale.

Loans to deposit ratio

For financial institutions, the sum of their loans divided by the sum of their deposits.

Currently important because using other sources to fund lending is getting more expensive.

Mark-to-market

Recording the value of an asset on a daily basis according to current market prices.

So for a futures contract, what it would be worth if realised today rather than at the specified future date. Alsomarked-to-market.

Mortgage-backed securities

These are securities made up of mortgage debt or a collection of mortgages. Banks repackage debt from a number of mortgages which can be traded. Selling mortgages off frees up funds to lend to more homeowners. Seesecurities.

Nationalisation

The act of bringing an industry or assets like land and property under state control.

Negative equity

Refers to a situation in which the value of your house is below the amount of the mortgage that still has to be paid off.

Profit warning

When a company issues a statement indicating that its profits will not be as high as it had expected. Also profits warning.

Return to list

R-T

Rating

Bonds are rated according to their safety from an investment standpoint - based on the ability of the company or government that has issued it to repay.

Ratings range from AAA, the safest, down to D, a company that has already defaulted.

Recapitalisation

To inject fresh money into a firm, thus reducing the debts of a company.

For example, when a government intervenes to recapitalise a bank, it might give cash in exchange for some form of guarantee, such as a stake in the company. Taxpayers can then benefit if the bank recovers.

Recession

A period of negative economic growth.

In most parts of the world a recession is technically defined as two consecutive quarters of negative economic growth - when real output falls.

In the United States, a larger number of factors are taken into account, like job creation and manufacturing activity. However, this means that a US recession can usually only be defined when it is already over.

Securities lending

Security lending is when one broker or dealer lends a security to another for a fee. This is the process that allowsshort selling.

Securitisation

Turning something into a security. For example, taking the debt from a number of mortgages and combining them to make a financial product which can then be traded.

Banks who buy these securities receive income when the original home-buyers make their mortgage payments.

Security

Essentially, a contract that can be assigned a value and traded. It could be a stock, bond or mortgage debt, for example.

Short selling

A technique used by investors who think the price of an asset, such as shares, currencies or oil contracts, will fall. They borrow the asset from another investor and then sell it in the relevant market.

The aim is to buy back the asset at a lower price and return it to its owner, pocketing the difference. Also shorting.

Spiv

A term popularised in World War II for flashily-dressed chancers involved in black market dealings. A fictional spiv is ladies’ man Private Joe Walker in Dad’s Army.

Newspaper headline writers use “spiv” as shorthand for traders who play for high stakes.

Stagflation

The dreaded combination of inflation and stagnation - an economy that is not growing while prices continue to rise.

Sub-prime mortgages

These carry a higher risk to the lender (and therefore tend to be at higher interest rates) because they are offered to people who have had financial problems or who have low or unpredictable incomes.

Swap

An exchange of securities between two parties. For example, if a firm in one country has a lower fixed interest rate and one in another country has a lower floating interest rate, an interest rate swap could be mutually beneficial.

Toxic debts

Debts that are very unlikely to be recovered from borrowers. Most lenders expect that some customers cannot repay; toxic debt describes a whole package of loans where it is now unlikely that it will be repaid.

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam

Wednesday, October 15th, 2008

 

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.

Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.

Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..

Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.

 

FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut “peluang kedua pinjaman”.

Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating’ yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-

  • mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
  • mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau ‘rekod merah’.
  • mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
  • para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.

Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.

Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.

Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default’ akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank,  jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest’ yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan.  Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. 

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.

Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut ‘defaulters’ menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.

APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?

Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia jugaal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan ‘bail-out plan’dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.

Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. 

Secara ringkasnya isunya adalah :-

a)       Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.

b)       Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.

c)       Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.

Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. 

d)       Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.

e)       Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.

f)        Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. 

231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-

“Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise.” 

 

PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM

Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities’ ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.

MBS

Rajah : Proses MBS. 

Sila lihat kepada pulangan riba ‘expected return’ yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.

Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?

Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atauMortgage Backed Securities.

Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan ‘investment banks’ yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.

Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan ‘debt trading’ atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab  tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.

Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-

Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat

Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation

Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.

Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.

 

Inilah namanya discounted debt trading,  ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.

  

NYSE

 

KESAN TERBARU DI WALL STREET

Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba ‘debt trading’.

Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjuallower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. 

 

Lehman

 

 

Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.

Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 , ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. 

Pada 22 September 2008 mereka telah ‘ditelan’ atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) . Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..

Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.

Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba.

Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.

Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation  (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut ‘gulung tikar’ dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US.

Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street sepertiBear Stearns,  Goldman Sachs, dan Morgan Stanley  terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.

 

KESAN KEPADA ANDA?

Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.

Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.

Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.

Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya.

Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.

Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan ‘bungkus’ juga.

Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA) Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.

Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia.

Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.

PANDANGAN ISLAM

Saya ringkaskan begini :-

1)       Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.

 

2)       Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.

 

 

3)       Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.

 

Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.

 

Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

 

Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-

Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba. 

Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity. 

This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy. 

Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.

 

4)       Sistem Islam, tidak membenarkan  pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.

 

Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini).

 

Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqadMusharakahMudarabahIjarah dan lain-lain.

 

5)       Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.

ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN

Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.?

Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :-

Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector.

Further, I don’t think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. 

Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.

Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 October 2008

4 Syawal 1429 H

Wales, United Kingdom

 

 

 


 http://biz.yahoo.com/ap/070312/mortgage_meltdown_q_a.html?.v=1

 Financial crisis and bailout: 9 letters“. Blogs.denverpost.com (September 27, 2008).

 http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperinflation_in_Zimbabwe

 Benjamin, Matthew (September 24, 2008). “Paulson Plan May Push U.S. Debt to Post-WWII Levels (Update1)“, Bloomberg.

 http://faculty.chicagogsb.edu/john.cochrane/research/Papers/mortgage_protest.htm

 http://en.wikipedia.org/wiki/Mortgage-backed_security

 Jenny Anderson; Eric Dash (2008-08-29). “Struggling Lehman Plans to Lay Off 1,500“, The New York Times.

 http://en.wikipedia.org/wiki/Chapter_11

 Lehman Lists Debts Of $613 Billion In Chapter 11 Filing Monday“. Money.cnn.com.

 http://www.lehman.com/press/pdf_2008/0922_lb_open_under_barclays_ownership.pdf

 http://money.uk.msn.com

 http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_takeover_of_Fannie_Mae_and_Freddie_Mac

 http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/7650551.stm

 http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=VeCtpd