Archive for February, 2007

Epilog

Friday, February 16th, 2007

………….(sigh)

agak sukar untuk kembali menulis dan memikir apa yang mahu ditulis, sedang ditulis dan telah ditulis, setelah sekian waktu digulit kesibukan yang pelbagai.nota-nota fotokopi untuk kelasnya Prof Emeritus Datuk, perbincangan-perbincangan di makmal komputer ISTAC—kerja-kerja pembaikpulihan perpustakaan baru saja bermula, setelah 7 bulan!!!—khutbah-khutbah jumaat, musafir di timur dan selatan, dan pastinya, risalah kesarjanaan—bunyi latinnya tesis—yang sering memastikan kegusaranku sentiasa pada tahap maksima.

gusar pada kerja tak terdapatkan,

gusar pada belajar tak tersudahkan,

gusar pada uang tak tercukupkan,

gusar pada kasih tak terijabkan,

gusar pada keluarga tak terbantukan,

gusar pada rakyat tak tersedarkan,

gusar pada umat tak terbangunkan….

kegusaran itu lumrah.kerisauan itu fitrah.cuma jangan dikelok jauh lari dari panduan.kerna panduan itu cuma satu.satu tanpa lain pilihan.namun yang satu itu tidak pula tanpa dimensi…namun hidup dewasa ini sering saja kerancuan…

sebabnya banyak. sunt bona mixtra malis.(bersambung)