Archive for September, 2006

Yasin sebagai Qalbul-Quran?

Sunday, September 24th, 2006
Yasin sebagai Qalbul-Quran?

Telah menjadi menjadi sesuatu yang masyhur di kalangan orang awam, mereka selalu membaca hadis : Inna likulli syai-in qalban wa -qalbul quraan yaasiin."Maksudnya,"Bagi setiap sesuatu itu ada hatinya, hati bagi al-Quran ini ialah Yasin."Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at -Tirmizi, dengan beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali.

Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yan palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullahu Ta’ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu’ ah wad-Dha’ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu.

Kita hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram diriwayatkan oleh seseorang melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya.Ini seperti yang disebut oleh Imam Ibnus Solah di dalam kitabnya yang masyhur berhubung dengan ilmu hadis, yang dikenali sebagai ‘Muqaddimah Ibnus Solah’. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya haram seseorang meriwayatkan hadis palsu melainkan hendaklah diterang tentang kepalsuannya.


Hadis-hadis palsu ini muncul kerana seseoarng menyandarkan kepada Nabi SAW apa yang baginda tidak ucapkan. Mereka mengada-ngada dan mereka-reka ucapan -ucapan nabi ataupun pebuatan Nabi yang tidak sama sekali pernah dilakukan oleh Rasullullah SAW .Ulamak-ulamak hadis mengesan   kepalsuan mereka, mengesan para periwayat yang memalsukan hadis ini. Inilah kepentingan ilmu hadis. Baginda SAW memberi amaran tentang akan berlakunya pemalsuan hadis pada akhir zaman. Kata baginda SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (dalam Muqaddimahnya)


Maksudnya " Akan datang pada akhir zaman golongan dajjal dan pendusta, mereka akan membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah didengari oleh kamu dan emak bapa kamu. Hendaklah kamu berhati-hati dengan mereka.
Inilah keadaan yang paling bahaya,dimana Rasullullah memberi amaran ,kata Baginda:

"Sesungguhnya dusta kepadaku tidak sama dengan dusta kepadaku dengan sengaja maka siap tempat duduknya di dalam api neraka."

Dalam sejarah pemalsuan hadis , ada beberapa golongan yang terlibat memalsukan hadis. Mereka sebahagian besarnya ialah golongan zanadiqah, iaitu mereka yang menzahirkan Islam sedangkan hati dan sanubari mereka memusuhi agama .Mereka ini merekai hadis-hadis yang akan mencemarkan kesucian agama, mencemarkan Rasul SAW.

Di sebelah pihak yang lain golongan yang mereka hadis ialah golongan zuhhad, iaitu golongan yang cuba safkan diri mereka kepada kerohanian dan kesufian . Mereka kononnya ingin mengajak orang supaya lebih mendekati agama, dengan mereka hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Nabi.
Antara fokus rekaan mereka ialah hadis yang berhubung dengan fadhilat-fadhilat surah, yang membabitkan berbagai-bagai surah. Ini yang seperti dilakukan oleh Abu Ismah Nuh al-Jami’  yang mereka hadis-hadis berhubung dengan fadhilat surah, konon katanya "Sesungguhnya aku merekanya disebabkan untuk menggalakkan orang ramai membaca al-Quran, kerana mereka terlalu tertumpu kepada sirah-sirah Nabi SAW .Dia melupai perbuatannya itu adalah perbuatan yang haram dan menjerumuskan dia ke dalam api neraka.

Maka dengan itu hendaklah kita mengambil pengajaran dan pengiktibaran-janganlah kita memudahkan -mudahkan dalam membaca sesuatu hadis terutama yang berhubung dengan fadhilat-fadhilat surah. Hendaklah terlebih dahulu kita merujuk kepada ahli-ahli dan pakar dalam bidang hadis, atau merujuk kepada huffaz iaitu orang-orang yang menguasai bidang hadis yang terdiri daripada para ulamak silam dan para pengkaji hadis yang menguasai bidang ini , sepertimana yang disebut oleh Syeikh Syu’ib al-Arna’ud (ketika mentahqiqkan kitab besar oleh Imam Zahabi), katanya, "Tidak halal bagi seseorang meriwayatkan hadis-hadis Nabi, melainkan hendaklah dipastikan terlebih dahulu daripada huffaz bahawasanya hadis itu kedudukannya adalah thabit, iaitu pasti daripada Nabi SAW."

(oleh Dr.Mohd Asri Zainul Abidin)

Sumber: www.al-wahidah.com dengan sedikit pembetulan taip.

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Sunday, September 24th, 2006

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawih pada malam-malam Ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.  Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa  turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.  Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a yang sebahagian darinya adalah seperti berikut:

Di riwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah saw telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam:  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma’mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang  yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan:  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam Kesembilan:  Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke tiga puluh….

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.  Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.  Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu’aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.  Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu’(palsu) pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam sunnah.  Namun  begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan  kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.  Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah saw telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya:-

                                     

Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka

                                                                             (Bukhori, Muslim) 

         

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir.  Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi s.a.w. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama  Nabi Muhammad saw menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim.  Kata Imam Nawawi:  Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu’) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu’.  Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu’ tetapi dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.  Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.  Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam…. seterusnya di berkata: Ulamak-ulamak telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.  Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Firman Allah bermaksud:

Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya.  Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.

                                                                                      (An-Najm: 3-4)

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad saw seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.  Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah……….

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih contohnya hadis yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

                                                                                      (Al-Bukhari

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:

                                                

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ {42} قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang:

                                                                             (Al-Muddassir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini.  Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Di antara ciri-ciri hadis maudhu’ (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1                    Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad saw atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukkan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2                    Kelebihan yang terdapat di dalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan di mana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3                    Kandungan serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4                    Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih.  Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah-dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.  Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was-Sunnah dengan sedikit pindaan)

KETETAPAN IMSAK SEBELUM SUBUH

Sunday, September 24th, 2006

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wataala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya.

Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit. Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya. Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya. Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa.

Yang menghairankan ialah institusi-institusi agama di negara kita juga seolah-olah mengesahkannya, justeru ia disebarkan melalui media massa, risalah-risalah, poster-poster, iklan-iklan dan sebagainya dengan begitu meluas sekali. Semuanya menyatakan waktu berbuka puasa dan imsak atau imsakiah.

Imsak dalam istilah (makna sebenar) bermaksud, menahan diri daripada makan, minum, jimak dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa. Inilah juga imsak yang difahami oleh masyarakat umum daripada waktu imsak yang disiarkan itu.

Tetapi ada juga setengah-setengah kalangan yang terus makan walaupun selepas waktu imsak itu. Tentu pihak lain memandangnya dengan pandangan yang serong dan mungkin tidak sah puasanya dan orang yang melakukan perbuatan itu sendiripun berada dalam keadaan serba salah.

Dari itu, pihak kami berasa bertanggungjawab membincangkan isu ini secara ilmiah berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah di samping kitab-kitab ulamak yang muktabar dengan harapan umat Islam amnya dan institusi-institusi agama di negara ini akan menilai semula ketetapan imsak sebagaimana yang diamalkan selama ini.

Pertama, Al-Quran dengan jelas mengatakan firman Allah:

Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq- permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar. (Al-Baqarah: 187)

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada sebarang imsak sebelum masuknya waktu subuh malah Allah menganjurkan supaya kita makan dan minum hingga atau sampai masuk waktu subuh. Perintah disini mengikut ulamak usul bukan memberi makna wajib walaubagaimanapun paling kurang ia memberi makna harus.

Kedua, hadis sahih jelas menunjukkannya di mana Nabi s.a.w. bersabda,   

Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Para ulamak sepakat mengatakan bahawa Bilal melaungkan azan sebelum masuknya waktu subuh dengan tujuan mengejutkan orang yang tidur supaya bangun bersahur dan Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuknya waktu subuh.

Di sini tidak disebutkan tentang imsak atau menahan diri daripada makan minum dan sebagainya sebelum masuknya waktu subuh malah ia menganjurkan supaya makan sampai akhir waktu iaitu masuknya waktu subuh.

Ketiga, dalam hadis sahih yang lain Nabi saw bersabda yang mafhumnya

Umat ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur (Riwayat Imam Ahmad).

Hadis ini juga menerangkan kedua-dua ayat Al-Quran dan Hadis yang tersebut di atas yang bermaksud: Makan dan minum dan sebagainya hingga masuk waktu subuh. Selagi umat ini melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan sebaliknya bila mereka meninggalkan amalan-amalan seperti ini mereka tidak lagi berada dalam kebaikan.

Keempat, kita telah meneliti sekurang-kurangnya 30 buah kitab muktabar dalam Mazhab Syafie antaranya Al-Umm, Majmuk Syarah Muhazzab, Al-Iqna Al-Mahalli, Hasyiah Al-Bajuri, As-Syarqawi , Bahrul-Mazi, Kasyful Litham dan lain-lain lagi selain daripada kitab-kitab muktabar dalam mazhab-mazhab yang lain tetapi tidak juga kita temui adanya ketetapan imsak sebelum masuknya waktu subuh sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Hairan! Kalau begitu dari manakah puncanya ketetapan imsak ini, dan siapakah orang yang mula-mula memperkenalkannya? Mungkin orang yang menyokong ketetapan imsak ini berhujjah dengan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud,

"Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya: Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna (kata mereka) bersahur itu sudah selesai sebelum masuk waktu subuh selama lebih kurang 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya lebih kurang 10 minit.) Inilah punca imsak, kata mereka.

Tetapi pemahaman yang seperti ini tidak benar kerana;

1.           Tidak ada seorangpun perawi hadis yang menghuraikan pengertian begitu.

2.           Hadis ini ada kemungkinan memberi erti yang lain selain daripada kemungkinan tadi. Ia mungkin memberi erti tempoh diantara selesai bersahur dengan sembahyang subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat. Ini bermakna setelah selesai bersahur azan dilaungkan selepas itu sesiapa yang hendak mengambil wudhu bolehlah mengambil wudhu kemudian barulah sembahyang subuh. Tempoh di antara azan, wudhu, sembahyang sunat subuh dan sembahyang subuh itu sendiri adalah lebih kurang 50 ayat.

Sumber: http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/imsak.htm

(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was-Sunnah dengan sedikit pindaan)

ku pinjam ini dari Marshanda

Wednesday, September 13th, 2006

(secara tiba-tiba lagu ini tidak pernah keluar dari benak fikiranku kebelakangan ini…yeah, call me anything you want, sissy whatsoever, i couldnt care less…as long as this song represents the reality, though i do realize, kenyataan bukan selamanya kebenaran…do i sound stupid speaking Malay? i dont think so. but when you mixed things up, you hardly dont! ha ha. cherish your dearest soul!!)      

Tak perlu ada lagi
rasa kesepian menemaniku
tak perlu ada lagi
tak percaya diri melemahkanku

kini kau ada ku jadi berubah
dan terus berubah
ku tahu ku cinta kau sebelum bertemu
kau pasangan yang tepat hari ini dan seterusnya
ku tahu ku cinta kau sebelum bertemu
kau pasangan yang tepat untukku

tak perlu ada lagi
rasa bersedih melukaiku
sebelum ku lewati
waktu bersamamu tiada artinya

oh kini kau ada ku jadi berubah
dan terus berubah
untukku

(Friendster, Hotmail, Celcom, HotFM, thank you)

Hijau itu Bijak

Thursday, September 7th, 2006

(There were times when silence does explain everything, and speechless tongue signifies heart full of feelings—the unspoken will—shiny eyes glittered with hopes deferred and dreams delayed…fantasies burnt to ashes.

Yet the Divine gracefully showered His bless upon the revealing truth…

It just so happen that constant challenges posed to and faced by the critical mind, the dynamic intellect, the passionate heart, the hungry soul, the lustful self, ultimately drive the persona transcends to a completely unthought heaven.

By then, nothing more worthy of saying than BRILLIANT!)

BRILLIANT 3x

Brilliant 3x..cara Kau Memahamiku

Brilliant 3x..perlakuanmu Padaku

Sisakan Waktumu Untuk Aku Miliki

Brilliant 3x..percepat Laju Jantungku

Brilliant 3x..peras Keringat Dinginku

Brilliant 2x..Brilliant 2x..

Sisakan Waktumu Untuk Aku Miliki

Kapankah Aku Mengimbangimu

Kapankah Aku Menaklukkan Hidupmu

Bisakah Aku Mengimbangimu

Bisakah Aku Menaklukan Hidupmu

Sudahilah Tinggimu

Sisakan Hidupmu Denganku Ku Ku..

Brilliant 3x..angkuh Ratakan Egoku

Brilliant 3x..tinggi Dan Tak Terkendali

Brilliant 2x..Brilliant 2x..

Sisakan Waktumu Untuk Aku Milki

Ku Benturkan Diriku Di Telapak Kakimu

Aku Adalah Hampa Yang Bersinar Bia Kau Sentuh

Tiap Gerak Kecilmu Meledakkan Hatiku

Seakan Tak Percaya Sentuhanmu Adalah Nyata

Coba Rebahkan Naluri Itu

Pasti Dia ‘kan Menuntunmu Padaku

Pejamkanlah Matamu Dan Percayakan Pada Hatimu.. Mu Mu Mu..

Coba Bebaskan Pendengaranmu Pasti Dia ‘kan Membisikkan Namaku..

Pejamkanlah Matamu Dan Percayakan Pada Hatimu..mu Mu Mu..

Brilliant Kau Taklukkan Aku..

Brilliant Kau Taklukkan Aku..

Brilliant Kau Taklukkan…

Brilliant Kau Taklukkan…

Brilliant Kau Taklukkan Aku…..

<lirik di atas gubahan Eross Candra>