Archive for August, 2006

Apa Lagi

Monday, August 28th, 2006

(nukilan ini adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-49, khusus ditujukan kepada penghuni pusara-pusara mereka yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan mahupun penjajah-penjajah yang tertanggung nasib mereka di depan Tuhan.juga seruan kesedaran akan peranan diri yang mengaku pejuang dan tribulasi ciptaan tentera dajjal berserakan di bumi Tuhan.sayugia tercitrakan faham bahwa tanggungjawab belum pernah terpikul atas pundak seorang.salud!)

Apa Lagi

Lagu dan Lirik oleh M. Nasir

copyright Luncai Emas 2006

betapa berat memandang

berat lagi memikul

rumahku kau cerobohi

ladang sudah kau cabul

tinggal tanah terbakar

dengan pahlawan hilang ikrar

apa lagi yang kau mahukan

hey manusia pendominasi

apa lagi yang kau mahukan

hey mata dalam tiga segi

dari tanah jawi ke maghribi

semangatnya mahu kau ragut

dengan caramu, dengan alasanmu

dari ide mu yang bangkrut..hey..

sedarlah, sedarlah

hey teman

tidak semua

jalan menuju ke kota Rum

geseklah rebabmu, wahai tangan yang membuai

darahku tetap mengalir, ke tanah pertiwi ini…

tetap mengalir

mengalir untuk pertiwi ini

damai bukan kawat berduri

damai dada yang terbuka

cinta harus membebaskan

bukan seksa penjara

hujan api yang kau gugurkan

ku terima bagai bunga

bunga..

bungaa…..

kau fikir kau layak?

Sunday, August 27th, 2006

memberi reaksi yang emosional adalah bukti bahwa kita masih lagi manusia.cuma setiap emosi perlu ada kawalan. begitu juga setiap rasionalisasi.perlu ada kawalan.malahan dalam hal spiritual juga perlu ada kawalan.tiada ‘ibadah sewenang-wenang niat ingin ta’abbud.

jadinya begini,keperluan bagi masing-masing kembali ke prinsip asal dalam ta’allum wa ta’lim.iaitu, amanah dengan ilmu, ‘adil dalam keputusan.maksudnya amanah pada tiap kali kita mencari kebenaran, mendapat kebenaran dan menyampaikan kebenaran.amanah pada niat dan cara.dan adil pula dlm menetapkan pendirian dan menyatakan pandangan.faith, laws and ethics, adalah seiringan yang saling perlu.tiada satu yang sempurna tanpa satu yang lainnya.

sesiapa yang bodoh sombong kita biarkan saja mati dengan kesombongannya atas klaim kebenaran yang dangkal.malah begitu juga, sesiapa yang mempersoalkan sebarang pancakan kepercayaan dan fahaman, perlu hadir dengan argumentasi kukuh dan setara.kalau tidak, shoe off saja.

sesiapa yang ingin membentak, persoal, mengamuk, kita persilakan saja.tapi harus hujahnya bernas lagi setara dan layak diperdebat.

Petaka 27 Rajab

Monday, August 21st, 2006

malam muhammad diangkat tinggi ke langit mulia

aku humban-campakkan diri ke jurang neraka

tanpa dasar

tanpa gusar

smokeless beacon, 22.08.2006. 9.49 a.m.

Sore Isnin Nikahnya Biduanita

Monday, August 21st, 2006

Bukan Di Sini

pandang matamu itu

gerak tubuhmu itu

adalah kuntuman-kuntuman rindu

debunga harapan dan cinta

sengaja kubiarkan ia layu

tertanam dalam kubur paling dalam

sebelum sempat jadi mekar dan kembang

hati ini tak mungkin membajai

kerna itu kau diracun sepi

Konflik

aku mau tidur

cuma lampu masih menyilau

malas bangkit

tilam ini sangat empuk

dapatkah tidur sedang lampu masih menyilau?

Percaturan

jika kau merasakan

aku bukan di tempat sepatutnya

buanglah, campaklah, gantilah

tukar sampai lepas hajat hatimu

bilik berselerak, gombak, 21.08.2006

Jangan Sampai ‘Atid Yang Sibuk

Saturday, August 19th, 2006

harusnya manusia syukur dan insaf

haruslah manusia syukur dan insaf

pada ni’mah tak pernah terharap

pada hikmah tak lelah digarap

pada rahmah tak cemar ditatap

kerna di padang itu nanti

hanya di padang itu nanti

lupa bukan lagi jawab

buta yang lalu pada bukti

tuli yang lepas pada janji

dungu tiada peduli pada wahy

hingga ‘Atid abadi mencatat

tinggal Raqib diam berehat

keliru dunia hayat terkenangkan

sesak dihambat masa

lemas ditambat cinta

lesu dijerat kerja

rimas-keluh-kesah pada kerugian

yang ditafsir nafsu tak kesudahan

yang dipandu hawa tak bertepian

meraup dedosa tak bersempadan

tiba waktu resah

berhimpun menunggu dipanggil mengadap

saat sirnanya megah

bertaruh untung nasib di pintu azab

aib disiar, amal tersingkap

tergantung (terserah) TUHAN adil menghisab.

                                                                                             

alma mater, 19.08.2006.

saki baki pengharapan

Thursday, August 17th, 2006

dan hari ini, ‘tuk sekian kali, kebuntuan..

pening..buntu..pening..buntu..pening..buntu..

tangan atas meja

muka atas tangan

celikkan mata minum koko

belum juga ketahuan mana kan jadi pilihan

pening..buntu..buntu..

tangan tutup muka

tutup muka

Rerumput Gajah & Lalang-lalangan

Tuesday, August 1st, 2006

DISCLAIMER: LAYARI JUGA http://farizzainal.blogspot.com — agar perkongsian pemikiran tidak hanya terhad kepada pengguna friendster.anda dipersilakan untuk menyumbang ke arah pembangunan akal dan jiwa penulis.

Lalang seperti yang difahami ramai adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh melata di atas tanah di mana kebiasaannya tanah tersebut tidak terdapat padanya tumbuhan lain yang lebih dominan ataupun tiada langsung. Rumput gajah adalah sinonim bagi lalang (bahasa indonesia).

Mengapa lalang? kenapa rumput gajah?

setiap tumbuhan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Namun bagi manusia, khususnya peladang atau petani lalang adalah tumbuhan yang lebih membawa binasa dan bencana berbanding faedah dan rezeki.sering saja lalang itu dicantas, diracun, dibakar atau dicabut akarnya.namun tetap lalang masih lagi tumbuh meliar dan membiak.tanpa jemu-jemu menyakitkan mata memandang, menjadi simbol utuh lagi abadi bagi kesia-siaan.

sekali lagi mengapa lalang? rumput gajah?

kerana perkembangan pemikiran lazim atur hidupnya jua bagaikan lalang dan tumbuhan2 lainnya.secara kasar, jika ditinjau fungsi lalang, antaranya mengganggu pertumbuhan flora lainnya, malah hingga mematikan tumbuhan yang lain.begitu juga pemikiran.akan ada, dan memang sentiasa ada dalam sejarah pemikiran manusia pemikiran yang yang lagaknya kelalang-lalangan.pemikiran yang timbul dari kekacauan pemahaman, yang akhirnya tumbuh melata, popular sehingga menyakitkan mata yang memandang (mata sang petani yang tulus berbakti kepada bumi-dalam konteks ini,mata sang pemikir tulen yang terpelihara luar-dalam kerangka rasionalnya).namun tidak lah sakit bagi mata-mata petani yang tidak faham tujuan pertanian dan cara-cara bertani yang sahih.

kita fokuskan pada pemikiran Islam.

kebelakangan ini, tumbuh pelbagai pemikiran yang zahirnya elok pada sesetengah manusia yang kurang memahami apa asas-asas Islam dan pemikiran Islam serta metodologinya.menjenguk dgn ringkas sejarah Islam, ketumbuhan pelbagai mazhab ‘aqidah, falsafah, dan spiritualiti sudah cukup membayangkan ada kecelaruan yang disengaja atau tidak disengajakan di situ.

kenapa celaru? kerana tak mungkin ada dua kebenaran.tidak pernah dikenali akan konsep ‘banyak jalan menuju kebenaran yang sama’ oleh salafus soleh dan ulama’ terkebelakang yang bermanhaj sama.

saya tidak menyentuh bab fikih dan perundangan di sini.itu adalah parsial yang difahami berubahnya hukum dgn berubahnya zaman.hanya yg tidak berubah adalah hukum2 qath’i seperti termaktub pada pemahaman Qur’an dan Sunnah.

kesimpulan.kini ada pemikiran-pemikiran yang jasadnya Islamiy,namun ruhnya kufur.luarnya rasional, namun dalamnya kegilaan.inilah yang saya ertikan dgn lalang i.e. rumput gajah.malah ia telah tumbuh pesat membiak melahirkan pula tunas-tunas yang lebih mematikan iman dan akal umat dari membajanya.

cara mengatasi? adalah diseru kepada para petani-petani moden yang tulen(pemikir-pemikir Islamiy yang terpelihara iman dan akal, serta faham akan manhaj yang sahih) agar menanam lebih banyak pokok-pokok serta rumput-rumput yang berguna dan bermanfaat buat manusia.tanam dgn cara yg betul.

kerana lalang itu akan mati sendiri.jika diharamkan, pemikiran kan tetap ujud.jika diserang peribadi petani-petani celaru, pemikirannya masih akan tersebar.tidak akan mati pemikiran seseorang dgn pengharaman, penangkapan, pembunuhan, pengutukan, dan lain2 lagi.

tanamlah tumbuhan yang baru.biar manusia menilai dan memilih tumbuhan yang mana lebih berguna.

kerna sekarang, manusia hanya melihat lalang.

kerna sekarang, lalanglah yang penuh melata di muka bumi.hanya sedikit pokok-pokok yang menunggu masa untuk gugur daunnya dan mati akarnya.

(makalah diilhami oleh cetusan rasa sahabat penulis, saudara Mustofa Munawar, pada 1 Ogos 2006, selepas makan tengahari. berbanyak terima kasih.)